Aku tertarik untuk bercerita isu zakat sekejap.
Sebab aku rasa, walaupun zakat adalah rukun islam ketiga..masih banyak yang pandang sebelah mata.
Tak payahlah aku nak terang zakat tu apa..siapa yang wajib zakat..apa jenis zakat semua..sebab aku pun bukan arif sangat..lagipun maklumat pun banyak kat internet.And apa2hal pun..kita boleh pergi pusat zakat untuk tanya hal-hal yang kita tak tau...apa yang penting..usaha nak bayar tu ada..
Risau juga aku..bila dah kerja nanti takut terlupa nak bayar zakat ni..ni generally speaking la..masing-masing kena beringat la kan...sebab penting sangat tuu..ini kadang2..utamakan income tax lebih2..zakat macam benda kecil je kita buat. Kadang2 rezeki Allah bagi tu sementara..mana tau satu hari kita diuji kan..habis semua rezeki ditarik sekelip mata..jadi sebagai tanda syukur pada rezki halal yang Allah beri tu..kita kenala sedekah (zakat).Barulah bersih hati and harta and pendapatan semua.
Insyaallah Allah akan murahkan lagi rezeki kita..
Aku pun tak nakla bebel banyak2..kang cakap tak serupa bikin susah juga..ni cuma nak share je..and remind ourself pasal perkara-perkara wajib ni.Muhasabah sikit.hehe.Asyik cakap hal dunia je...kalau ditakdirkan esok meninggal dunia macamane..cukupke amalan kita?
Bila terfikir mati tu la..kita kena tengok balik diri kita ni macamana.
Apa pun..balik pada zakat...kita tengok la syarat wajib zakat...kalau-kalau kita dah layak untuk bayar..jangan la bila dah tua bangka baru nak start..hehe.
Masa zaman Khalifah Abu Bakar dulu, golongan yg menentang Khalifah Abu Bakar sebab tak mau bayar zakat terus diiktiraf sebagai murtad oleh Khalifah dan akhirnya Khalifah Abu Bakar mengistiharkan peperangan ke atas golongan ini di Yaman dan juga di Hadramaut.
Try compare ngan zaman kita sekarang...renung2kan.selamat beramal..hehe.
Ok..enough said already..these are for sharing:
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah SWT. : "Dan dirikanlah sembahyang tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat". (Surat An Nur 24 : 56)
Macam-macam Zakat
Zakat Harta
Zakat Uang Simpanan
Zakat Emas dan Perak
Zakat Pendapatan/ Profesi
Zakat Saham dan Obligasi
Zakat An'am (Binatang ternak)
Zakat Fitrah
Firman Allah SWT. "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya do�a kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi maha Mengetahui ". (Surat At Taubah 9 : 103)
Firman Allah SWT. "Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat". (Surat Adz Dzariat 51 : 19)
SYARAT UMUM WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Islam; Zakat hanya diwajibkan bagi orang Islam saja.
Merdeka; Hamba sahaya tidak wajib mengeluarkan zakat kecuali zakat fitrah, sedangkan tuannya wajib mengeluarkannya. Di masa sekarang persoalan hamba sahaya tidak ada lagi. Bagaimanapun syarat merdeka tetap harus dicantumkan sebagai salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat karena persoalan hamba sahaya ini merupakan salah satu syarat yang tetap ada.
Milik Sepenuhnya; Harta yang akan dizakati hendaknya milik sepenuhnya seorang yang beragama Islam dan harus merdeka. Bagi harta yang bekerjasama antara orang Islam dengan orang bukan Islam, maka hanya harta orang Islam saja yang dikeluarkan zakatnya.
Cukup Haul; cukup haul maksudnya harta tersebut dimiliki genap setahun, selama 354 hari menurut tanggalan hijrah atau 365 hari menurut tanggalan mashehi.
cukup Nisab; Nisab adalah nilai minimal sesuatu harta yang wajib dikeluarkan zakatnya. Kebanyakan standar zakat harta (mal) menggunakan nilai harga emas saat ini, jumlahnya sebanyak 85 gram. Nilai emas dijadikan ukuran nisab untuk menghitung zakat uang simpanan, emas, saham, perniagaan, pendapatan dan uang dana pensiun.
3 comments:
your new page is stunning!!!
ahaha..tq..=)
Post a Comment