Showing posts with label property. Show all posts
Showing posts with label property. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Proposed MRT station : Bandar Tun Hussein Onn

Ceh.. excited terlebih plak den. Hehe. Btw, i memang tak sabar nak pindah BTHO nih. Another 3 months or so la baru jadi reality kot. Skang dalam proses purchasing a house lagi.

Hopefully it's a good investment in the future!

Here's an article from http://www.spad.gov.my

Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek aliran transit massa ataupun mass rapid transit (MRT) di Lembah Klang.
Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia, adalah satu economic entry point (EPP) untuk NKEA untuk Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi kerajaan.

Projek MRT akan meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian (modal split) daripada 12% pada tahun 2009 kepada 50% pada tahun 2020 di mana perkhidmatan rel akan menampung kira-kira 50% daripada semua perjalanan dengan menggunakan pengangkutan awam. Penambahbaikkan mobiliti dengan projek MRT akan menjadikan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang tempat tumpuan pelaburan dan modal insan.
Projek MRT ini akan menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya. Projek ini juga dijangka akan menjana “Gross National Income (GNI)” di antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari 2011 ke 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi. Antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui “spinoff” dari kerja-kerja pembinaan. Sebanyak RM21 bilion impak incremental GNI setiap tahun akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti.

Kerja pembangunan projek tersebut dijangka akan bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.

Laluan pertama projek MRT ini akan menghubungi Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur. Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk. MRT tersebut akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn and Balakong. Lebih daripada 400,000 orang dijangka akan menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.
Laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen-stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai (value management studies) akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima. Oleh kerana ini, kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.

Kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi. Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telahpun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2006 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang. Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Pembanguan laluan-laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa.

Jemaah Menteri hari ini juga memutuskan bahawa Syarikat Prasarana Negara Berhad, satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Inc, sebagai pemilik infrastruktur projek MRT, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pihak penyelia (supervising agency) projek tersebut.

Jemaah Menteri juga membuat keputusan untuk melantik MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk projek MRT. Perlantikan ini berasaskan kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut yang disenarai di Bursa Malaysia serta rekod yang cemerlang dan pengalaman dalam bidang pembangunan projek rel dan terowong yang besar dan kompleks.'

Pihak PDP akan memainkan peranan yang serupa dengan pengurus projek tetapi dengan tanggungjawab tambahan untuk mempastikan projek itu disempurnakan dalam masa dan mengikut kos yang ditetapkan. Sebarang kos lebihan (cost overrun) and apa-apa kelewatan projek (project delays) akan ditanggung oleh pihak PDP.

Peranan PDP tidak serupa dengan peranan yang dimainkan oleh kontraktor turn-key dan projek ini akan dibahagikan kepada pakej-pakej kerja yang akan diberikan secara berasingan melalui proses tender terbuka. Kerajaan akan membuat keputusan terakhir atas kontrak-kontrak untuk pakej-pakej kerja projek MRT.

Pihak PDP tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam proses tender tersebut kecuali untuk pakej terowong. Pengecualian ini diberi kerana pihak PDP merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja terowong yang besar, seperti projek Terowong SMART di Kuala Lumpur dan projek Kaohsiung MRT di Taiwan. Walau bagaimanapun, pihak PDP perlu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain untuk memperolehi pakej terowong ini.

Kenyataan media dikeluarkan oleh:
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,18 Dis 2010


Saturday, February 19, 2011

House purchase


I've to go to work today.

Sekolah ganti ye.

But today xde P n P.coz ada sambutan Maulidur Rasul.

There goes my sweet saturday morning.haihh.

Hmm a little update on the house. We finally made a deal with the owner n dah baya booking pun.through agent.

So now..waiting for the Letter of Purchase. Dah dpt letter tu barula boleh apply loan n lawyer bla bla bla. Harap2 loan lepasla. Kalau tak, kena la combine.

Mylocx dah prepare awal2 mintak sign tenant kat cyber.(sambung tenancy agreement for another 6 months).sbb aritu tempoh first 6 months dah expired. So bank tau rumah yg satu tu ada tenant n ada side income n lebih senang la bank nak kasi pinjam for another house loan.

I'll pray everything will run smoothly. Memang mahal la bli subsale tp mmg potential area, great neighborhood n easy access to banyak kemudahan. Hopefully it's a good investment. InsyaAllah.

More update later. Ada rezki ke xde rezki ke nak beli umah tu I akan share nanti.

Daa.

Posted via Blogaway

Saturday, February 12, 2011

House viewing - bandar tun hussein onn


Aritu I ada mention yg mylocx x prefer rumah yg above 300K kan. But after considering many aspects..we thought that double storey house area tun hussein onn tu kalau dapat below 350K maybe worth it.

Coz ada satu rumah yg kami interested ni harga below 350K. Memang agak luas la. To be frank, we all met the agent yesterday to view the house. Ada tenant dok situ. So far okla. Rumah tu basic je cuma ada tambah sket kat bhgn belakang dapur. Leh wat sidai2 kain kat situ.

Price is negotiable. So far dlm 340K cmtu. Kalau jadi amek nak try mintak kurang sket. Mylocx dok buat calculation n research on the procedures (eg lawyer, banker, monthly payment etc). Tp rumah tu bukan barula. It's just the area n neighborhood. Kawasan situ very high potential kot. Bakal menjadi semakin mahal kalau jadi buat MRT kat situ. Huhu.

Depan rumah tu xde rumah lain coz ada bukit batu. So agak redupla row tu. Hehe. Nak gi masjid dlm 1 minute like that. N sgt dekat ngan kemudahan2 lain. Sangat dekat dgn jusco cheras selatan, my school:-P, sekolah rendah n menengah, carrefour, petronas, shoplots n others.

Rumah tu pun agak selesala.4Bed 3bath.well, tengah pikir2 lagini. Hehe.

Later.

Posted via Blogaway

Monday, February 7, 2011

rumahku syurgaku??

yeke rumahku syurgaku?...hmm syurga dunia ye la kot kan. Tu pun kalau rumah tu memang betul2 tempat mendatangkan ketenangan & kebahagiaan. hehe.

Hmm...me n mylocx masih dalam misi mencari second house. Oh sangatlah tertekannya to find the perfect one for us. Not perfect...but perfect for us. Well, memandangkan i skang dah kerja kat Cheras Perdana..so we r planning to buy a house yang dekat2 situla.. preferably Bandar Tun Hussein Onn. Well actually i memang quite jatuh hati la ngan area tu. Ramai Malays, ada surau and bersih je kawasan dia even rumah bukan yang baru2. Peaceful. Tu yang ramai dok situ xmau keluar2 dah..haha.

Problem.

Tetaplah ada problems kan kalau nak beli property tu. Apa yg i boleh state di sini, firstly is the market price. Mahai la ya amat compared to harga asal. Ni semua property bubbles nye pasal la ni. Yang kaya terus ghairah beli properties. Yela coz derang memang mampu kan. Yang kesiannya middle/low income people yang nak beli rumah..esp their first house. Secondly, neighborhood area. I sangat particular dgn aspek ini sebab i expect nak stay lama so neighborhood dan keselamatan sangat dititikberatkan.

Mylocx refused to buy a house more than 300K esp rumah yang dah lama. Coz later in time, kalau kitorang nak pindah, bila nak sewakan rumah tu dah agak tak berbaloi. Plus, nak membayornye tiap2 bulan tu tak ke sakit? Mungkin lebih berbaloi kalau dijual sahaja. kihkih.

Not that we can't afford, tapi kan ke lebih baik kalau dapat deal yg lebih murah n menarik? Jimat banyak tuh..hehe. Usaha dulu then baru tawakkal. Perlu diambil kira liabiliti/tanggungan yang ada eg: mortgage first house (tenanted so ianya dikira asset), house rent (sekarang ni we all menyewa), car loan, credit card, insurance (any type of insurances), ptptn loan, maid salary, bills, n other expenses.

So we need to plan plan plan.....

Plan A: Auction! (beli rumah lelong)

Kelebihan: Wayy below market price.

Kekurangan: banyak yang kena wat research, follow up and kerja2 lain yang agak melecehkan. (untuk orang dah bese memang syiok kot lelong ni.hehe) Kitorang ada plan nak beli lelong..tapi bila usya2 neighborhood area memang mengecewakan. So pangkah dulu for the time being.

Plan B: Subsale. Ataupun, beli from owner.

Kelebihan: dapat tengok condition rumah n neighborhood area tapi quite pricey. Yang ni ada option yang menarik. But still, wait and see. Area Tun Hussein Onn ni kalau below 300k boleh dapat single storey or 1.5 storey. Double storey memang tak dapekla kot. Hehe. Same goes to most areas yang berdekatan.

Aritu ada usya2 area Bandar mahkota cheras. Sangat tak berkenan esp seksyen 4,5,6,7 bla bla bla. Why? Well we got our own reasons.hehe. Kalau minat pun area seksyen 1,2,3. Tapi double storey situ memang above 300k la.hehe.

We made a few phone calls. Contact agents here n there. Still no decision to make. huhu.

More update later..

daa.







Sunday, January 30, 2011

Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia???

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.


Di petik dari Utusan 17.12.2010


Sumber: http://jom2lelong.blogspot.com/




Friday, July 16, 2010

Home Sweet Home

Alhamdulillah. It's officially become our house.

Mylocx can sleep peacefully now. Haha.

We bought it for investment purpose.

Are you interested in investment?
Hmm.. we love the idea of investment. Our goal is investing to win & get higher returns. But it will never happen overnight of course.

I remember i'm not a woman with a good financial IQ before. Thankfully i met someone who is equipped with financial intelligence.

I really think people (women mostly) should increase their financial IQ sebab sekarang ni, money is the key to almost everything. So takdela terlalu bergantung pada husband kan. In case anything happen, we always have back ups.

I start to open my eyes when i read books regarding money & finance. Now i share the same interest with mylocx. When 2 minds think alike, the results are twice better.

I believe that investment is not that risky if we have good financial education. For now, mylocx is focusing on real estate investment. Dia bukan terus main beli je. Research is the crucial part of investing. Wanna invest money? Then firstly you need to invest time to educate yourself.

I plan to jump in stock investment (islamic). And now, apart from many things i need to take care of, i have to invest some times to learn about stocks. To be honest, i dun even have the skills and it's not easy at all. But with the plan in mind, i really need to start the process by actually taking the action. Step by step.

The learning is ongoing though. But now, i bangga la jugak coz i dah faham sket bila baca tentang stocks or when i read the charts. Mylocx is very supportive. But he wants to monitor my performance first (by playing simulation game of stocks investment).

If i'm doing good enough, and dia btol2 convinced (plus mmg ada enough ready cash) haa...then i can jump right in the real thing. Hehe. Dia nak focus kat property so dia suruh i educate him ape2 yg patutla on stocks.

So okla. Ni ada pix of our house. It's fully furnished. Seronokla tenants tu sumer. Haha.


The Domain@Neocyber.


Monthly rental : RM2000
(fully furnished)
Tenant-occupied


It's a very small space u see. Memang suitable for students / working people yang tak de family lagi.

Kalau ada info2 yg best nanti i share lagi about investment. Yang penting, always prepare extra ready cash for atleast 6 months salary.

Daa..

Friday, July 2, 2010

busy like a bee?

busy like crazy ok.

and it has to do with my job.haihh.minggu ni sangat penat.i dun fancy telling all of my work-related issues in my blog.but still, i need to spill my guts somewhere =p. banyak yg nak kena submit next week.student form 5 kena buat kerja kursus pend.moral. Pentaksir yg nak evaluate markah tu dtg next week.i ajar p.moral 2 classes.the good class and the weak class. so i kena siapkan markah2 student tu before monday.btw, student besela kan..selagi tak final date tu mmg liat nak hantar.dateline da lame lepas da.then, dah cukup pening kepala dgn folio pend.moral, tambah lagi dgn kerja2 lain. Nak key-in markah (dgn komputer yg seketul dua je berebut sume cikgu sbb headcount tu ada dlm certain pc je) ....nak isi Buku Rekod kemajuan (kena submit monday ni!), update data SMM (sistem maklumat murid)...nak prepare lesson plan esp Math (dah nak masuk topik Probability ni wei!)... nak prepare soalan untuk ujian bulan 8 plak...bla bla bla.
haa tu semua yg dateline dekat2 nih.belum kira dateline yg akan2 datang n yg da terlepas dateline=p

okla enough complaining.somehow, ade gak benda bes. i joined student dalam pertandingan memasak semalam after school. ala, peringkat sekolah je. each group kena ada 2 students n 2 teachers. so adela student form 5 yg ajak i.at first mmg i super malas plus i super bz kot kan!
then derang pujuk2 sume i finally agreed. i pun minat gak masak2 ni.result tak tau lagi dapat next week kot. ala, tak kesahla yg penting kita enjoy!

Our theme : ala chinese food camtula.
Menu: Ikan sweet sour, udang oyster, tauhu telur, jus lemon madu & desert.

Mylocx and sofea is sleeping.now dah 7.30 a.m. Mylocx besela die kerja malam (kat rumah je.besh!)..so mmg time tidur la ni after subuh.haihh. memang dia tak sabar nak tukar kerja siang balik.it's just a matter of time.dia kata tak lama lagi insyaallah dapat tukar.and talking bout him..dia pun super bz gak at the moment due to our apartment in Cyberjaya (The Domain Neocyber).Previous tenant dah keluar, and new tenant coming in.Rumah tu fully furnished.Tenant sebelum ni dah furnish kan semua. cool jugakla mostly barang IKEA. haha. nak kuar aritu dia ada tanya kitorang nak beli tak semua barang tu. Nego punye nego senang citer mylocx jadi amik.

Tenant before and after mmg foreigner.Kalau local person maybe rasa mahal cekik darah kot dok area situ.Kalau foreigner (tgk foreigner jugakla kan)..let the money talks.kalau ada duit and semuanya memenuhi keperluan, derang akan sewa.Kalau xde, derang cari tempat lain. Tenant tu minta fully furnished (yg penting cam air-cond, washing machine, bed, wardrobe, ice-box etc). So monthly rental pun kena up la kan. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk hal2 macam ni. reeaallyyy takes time and patient of course. Tu yang mylocx sebok giler..ngn kerja lagi, call tu call ni, house tenancy agreement lagi, budget lagi, study lagi bla bla bla.Btw, dia kalau boleh nak cepat2 amik CCNP. Good luck dear=)

The Domain Neocyber

Harini mylocx kata nak pergi cyber lagi. has to run a few errands. He asked me if i wanna follow. I said i'm not sure. kalau kerja 80% or 100% done insyaallah i follow.

Btw, sofea dah ada new car seat. dia tak muat dah yang lama dulu. tu simpan untuk adik plak ye sofea=).and....sofea dah tumbuh gigi.sebatang je kat atas belah kiri. protruding sikit je baru.hehe. dia lambat sket tumbuh kot. ada baby cepat ada baby lambat. tak pela asalkan tumbuh jugak. alhamdulillah.

okla nak breakfast.morning all!