Monday, April 26, 2010

anakku sudah 6 bulan rupanya;)

Our sofea is already 6 months old.hehe.
aritu dpt injection 3 in 1 kat hospital ampang puteri.guess berat sofea berapa?.....7.82 kg!hehe.
the doc pun agak suprised with her growth. Dr.Nasir kata, average weight for 1 year baby adela dlm 8.5kg cam tu.hoho.sofea sudah hampir nmpknye dengan number tu..;p

Tapi dr.nasir kata, it's ok.sbb nanti baby akan merangkak dan bergerak aktif masa 6 months onwards tu..so xdela obese ke apa.haha.

Sofea belum boleh merangkak lagi but she manages to lift her body as if nak merangkak.
Tapi yg klakanye, statik je.bila dah penat dia turunkan badan meniarap macam bese, guling2 dan engsot2 ke depan.hehe.duduk pun dah boleh sikit2.but still belum kuat lagila.sayang anak mommy.

aihh dalame tak update blog.agak tak berapa nak ada idea sekarang ni.
tengok gambar je la kay..;)




Till then, tata.

Friday, April 9, 2010

morning entry

hmm..what a great feeling watching mylocx playing with my daughter.he just arrived home from work.
my sofea...well, as usual, pagi2 time i bangun tu dia pun dah bangun sekali even ngantuk 2 lagi.i'll take her out of room and change her diaper.then dia main la sorang2 monitored by bibik.sempatla jugak bibik nak masak2 air wat simple breakfast for me.

as for today (saturday)..i kena pergi school.ade ko-ko.9.30 baru start second session so skang ni agak free la.tu yang dok main2 internet jap.stock susu makin lama makin dah xde.haha.coz sofea dah pandai adjust makan nestum and minum formula milk masa i xde.bila i da kt umah, mmg BF on demand la.mmg day & night BF her.kalau ada masa i akan pump utk storage.so kalau terdesak je bagi FM.emm tp i dgr baby girl mmg minum sket2 je compared to baby boys.i rasa mmg btol pun sbb ade membe i tu, anak dia boy.mmg kuat minum n terpaksa top up dgn FM masa umur 3-4 hari lagi.em mmg lumrah kot baby boy kuat minum.hehe.kalau dah cukup nak buat cane kan asalkan try juga breastfeed or bottlefeed with breast milk.coz mother's milk is the best rite?

sofea dah 6 bulan...alhamdulillah, u've grown healthily.makan pun tak banyak songeh.so far poo poo adelah 2 times a day.cantik je texture nye..haha.but the smell...!takkan tetibe wangi kot..;p
dia pun dah pandai reach and grab things, speaks in her own language, dan mengengsot ke depan.still belum merangkak lagi.time mandi plak kena berjaga-jaga sket sbb dia kdg2 suka melonjak-lonjak..and alhamdulillah so far sgt jarang nangis time mandi air sejuk.i xbiasakan dia mandi air suam.cuma bila demam or hari hujan je i bagi air suam.

hmm ptg ni nak bawa dia jalan2 kat swimming pool bawah ni.esok baru plan ngn mylocx nak bwk sofea jalan2.last week tak dpt sebab ada beberapa kekangan.

oh i've to go to school.aihh tensen di tempat kerja ni tak pernahnya surut.kena selalu remind myself that Allah's watching me.so tetapkan niat kerja kerana Allah.

Solat Jama' & Qasar


hmm..kadang-kadang ada juga kemusykilan tentang solat jama' & qasar ni.tempat rujukan pertama of course lah mylocx.sometimes ada juga tanya ummi.

ramai juga membe yang tanya soalan berkaitan solat jama' & qasar...dan ramai juga yang agak blur langsung dalam menunaikan solat2 tersebut.solat2 ni bersyarat..bukan main suka hati je.hehe.

ini ada sebuah artikel berkaitan dari sumber yang dipercayai.sharing is caring rite?



Berikut adalah syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.

ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.

iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.

iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).

v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.

vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga akhirnya.

vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Solat jama' pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama' solat :-

i. Jama' tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

ii. Solat jama' boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.

Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

Syaratnya :

1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )

2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tatpi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.

3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).

Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

Syarat-syaratnya :

1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)

2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

(Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL


semoga beroleh manfaat..:)

Wednesday, April 7, 2010

mommy, macam mana nak kenal Allah?

hmm macam mana nak jawab ye kalau ada anak-anak yang tanya soalan basic macam ni?

basic ke?

kalau basic apa yang kita nak jawab?

kalau seorang yang bijak menjawab bolehla dia jawab...gunakan akal dan renunglah ciptaan Allah SWT.

tapi mesti akan disoal balik..macam mana tu?

sebab anak kecil mmg suka bertanya dan takkan berhenti bertanya selagi dia belum cukup berpuas hati.

maka terpaksalah pulak prepare dgn contoh2 mudah tapi bernas utk memuaskan hati anak tersebut.especially bila ditanya tentang soalan basic mengenal Allah yg mana merupakan asas tauhid yang kukuh.

so apakah cara yang mudah untuk mendidik anak kecil mengenal pencipta alam ini?

bila difikir-fikir, bagaimana kita nak kenal seseorang dan mencintainya?..
hmm mestilah dgn mengenal sifat & hati budinya and not just based on physical attraction.
besides, we can admire someone based on kepandaian/kehebatan/keberanian etc.(contohnya kenapa kita suka musician/football player?)

jadi boleh disimpulkan kita boleh mengenal Allah dgn melihat dan menghayati kejadian & kehebatan Allah...
dan juga dgn menghayati asma'ul husna (sifat2 Allah).

bagi anak kecil yang eager to know..mungkin kita boleh ajar nasyid sifat 20 Allah or asma'ul husna disamping kita sampaikan apa maksud bagi setiap sifat itu.
Ini utk melatih anak memahami dan merasai kesannya di dalam jiwa..bukan setakat hafal je.

hmm...sounds easy...tapi senang ke nak buat?
belum cuba belum tau.anak2 ni ibarat kain putih bersih..and we as parents yang perlu bijak mencoraknya.and the first challenge for us is to make our kids know his/her creator.
pemikiran & pembentukan jiwa anak yg dibentuk sejak kecil akan mencorak pemikiran & pembentukan jiwanya ketika besar.

there's a lot more challenges to come....belum lagi nak ajar kenal rasul, malaikat, rukun islam, rukun iman dan fardhu ain yg lain..persoalannya, kita sebagai ibu bapa ni dah cukup ilmu ke nak ajar anak2?
hmm sama2la kita menuntut or buat revision semula.takut pula beri ajaran sesat kang.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: " Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua dua orang tuanyalah yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang yang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?"

cuba hayati lagu ni..sungguh menyentuh jiwa.

Monday, April 5, 2010

anda pernah tinggal solat?

hmm..

secara jujurnya, of course lah pernah.selalunya sebab tertidur sampai terlepas waktu.astaghfirullah!

kdg2 tertanya-tanya juga nak qada atau tak solat yg tertinggal tu.sebab time kecil2 dulu, ummi selalu pesan qada solat subuh yang tertinggal bila i bangun lambat.tapi bukanlah memang dah set nak bangun lambat..so saja2 nak qada.ini btol2 kes tidur mati sampai bom meletup pun still tak bangun2 juga..;p

tp ada juga dgr2 orang kata ada ke qada qada solat ni?memang sunnah ke?aihh naik pening dibuatnya.so i memang cuba sedaya upaya cari lubang2 ilmu yg akhirnya boleh memberikan suatu kepastian.sbb kita perlu tuntut ilmu sebanyak mungkin dgn syarat kita analize juga buruk baiknya..kiranya filter & fikir secara lebih kritikal.takdelah terima bulat2 je kan.

macam bab qada solat ni i fikir, kalau tinggal solat maknanya kita berhutang dgn Allah.kalau hutang sesama manusia pun wajib lunaskan apatah lagi hutang dgn Allah kan?

menurut satu buku yang i baca hasil tulisan Ustaz Ismail Kamus, mengikut hukum syarak, orang yang boleh mengqada (ganti) solat yg tertinggal ialah:

- orang yang tertidur hingga melepasi waktu solat tertentu.
- orang yg lalai atau terlupa waktu solat dgn tidak sengaja.

kedua-dua golongan ini tak berdosa tapi wajib qada immediately. Waktu qada solat ialah ketika ia menyedari bahawa ia telah meninggalkan solat tersebut.

TAPI..bagi org yg meninggalkan solat tanpa sebab (cth: bukan uzur/sakit, bukan dlm musafir, bukan tertidur dan terlupa dgn tak sengaja), ternyata dianggap kufur.Bagi yg sengaja tinggalkan solat pula adalah berdosa & wajib qada serta bertaubat.

"Hutangmu kepada Allah itu adalah terlebih layak untuk kamu tunaikan"