Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Sofea's spices artwork and science project




I checked sofea's school bag n i found this. When asked, she said she's doing it at school. Teacher yg buatkan semua, dia just amik spices n placed them on the paper. 

Rupanya dah berapa hari dalam beg. Masa check aritu tak perasan pun kad tu ada kat bahagian bawah. 




This one is her first plant. Time balik sekolah tu tengok dia bawa cawan ni. Hmm, as a science teacher i pun story mory la sket2 tentang carbon dioxide, water, sunlight n photosynthesis. Photosynthesis ok! Science form2 tu..

She was like...apa mommy cakap tu? Fosis eh..
carbon side tu apa? 

Fuhh jenuh jugak nak simplify cerita kasi dia faham. Dia takla faham sepenuhnya, but she knows that plant needs carbon dioxide, water, and sunlight to survive. Dan semuanya, kuasa Allah S.W.T.

Haha.. fosis pun fosis la dear. Barula inquiry-based learning kan. 





Monday, October 15, 2012

Solat Istikharah

Tak pernah buat solat istikharah. Kali ni macam nak buat la...regarding bibik's issue.

Sebabkan tak pernah buat, i pun tengok2lah internet and majalah al-ustaz yang ada bagi info pasal solat istikharah ni.

From the web:


v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.

 BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solatRawatibTahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah



Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..





Sunday, April 10, 2011

Sofea Academy



Eceh...bajet cool la title kat atas tu ek? No la..just inspired by Khan Academy. hehe. Pernah dengar? If not, bolehla try google.hehe.

Just wanna share sofea's clip pointing objects.. A mother always impressed by her child kan. Same goes to me.. At 18 months old, sofea can understand a lot of things.. including pointing objects yang kita minta. Alhamdulillah... i'm so proud of u sayang..

Sofea lambat sket nak cakap kot.. Just boleh bunyikan a few suku kata.. Tapi belum betul2 ada perkataan yang dia boleh sebut. But she can understand if we give simple instruction and simple sentence. Contohnya, bila minta tolong buang sampah dalam tong sampah, ambilkan sejadah or telekong, ambil Al-Quran, tadah tangan bila sebut doa, sit down bila nak minum air, geleng kepala bila tak nak something, and point bila nak something etc.

And sekarang dia dah pandai kalau jumpa sesapa je most of the time dia akan hulur tangan nak salam dulu. Before ni kalau cakap salam baru dia hulur. Hehe. And kalau jumpa strangers dalam lift ke kedai ke..automatic dia gi babai n sengih2 kat orang tu. Haha.

And sofea ni ada sometimes very comfortable dgn sapa2 kat tempat ramai orang. Ada sekali tu kat birthday part Nyang Sofea..dia boleh pergi kat aunty2 mana2 entah and sengih2 salam2 n bila orang cakap2 n usap2 dia..terus gi manja2 letak kepala kat aunty tu..pas tu tuka orang pulak, bila orang offer food kat dia, dia pergi n dengan selambanya terus duduk kat peha aunty tuh. haha. As long as she sees us (me n mylocx) from far. Sampai aunty tu geram sangat ngan dia.. N kata she's like a star..sangat senang ngan sapa2 tapi bahaya sebab kalau tak jaga betul2 takut orang bawa lari. haha. Tula kan..easygoing sangat pun bahaya jugak. Kihkih.

Hmm..kita ni as parents memanglah kalau boleh nak anak kita tu jadi orang pandai, berguna, beriman ye tak? But to achieve that, bukan la as easy as we plan. It's tough being a parent kan? Sama2lah kita struggle and do the best we can to make the dream comes true.

Daa...





Monday, August 30, 2010

antenatal check-up dgn doktor lelaki?

hmm..ni i petik dari sebuah artikel:

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Dalam ulasan penulis;

Sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Hmm..teringat plak i masa pregnant sofea last year. Alhamdulillah mylocx memang ambil berat tentang aurat ni and tried as best as he could to find a woman gynecologist. Tapi i agak terkilan sebab pernah sekali check-up masa 2 months preggy dgn doktor lelaki. Non- Muslim plak tu. Masa tu klinik tu antara yang dekat n 24 hours n bleh gune ING card. MasyaAllah..kes i ni bukan dikira darurat lagi, boleh je tunggu hari lain check-up n pergi check dgn doktor perempuan.

Tapi alhamdulillah, lepas2 tu semua antenatal check-up i buat dgn doktor perempuan Muslim. Sampaila i gave birth to sofea.

Ni ada sambungan lagi:

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk 'memaksa' muslimah mendapatkan rawatan dari hospital swasta Islam atau seumpamanya, tetapi ia sebagai peringatan kepada kita ( dan para suami) agar berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor perempuan terutama ketika antenatal check-up ( rawatan berkala )walau dari mana-mana klinik atau hospital, baik kerajaan atau swasta.


Perkara aurat bukanlah perkara remeh dan boleh dipandang mudah.

Sekiranya telah berusaha, tetapi di saat akhir doktor lelaki juga yang ada, maka ketika itu hukumnya adalah harus sebagaimana yang telah diterangkan di atas.

Islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Berpegang teguh dan tegas memegang hukum itu adalah satu kemuliaan dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

So, sama-samalah kita memelihara hukum n harap2 dengan keberkatan Allah S.W.T ketika childbirth, akan memudahkan kita as parents untuk melahirkan zuriat yang berkat dan soleh/solehah. Ameen.

Selamat berbuka=)



Friday, April 9, 2010

Solat Jama' & Qasar


hmm..kadang-kadang ada juga kemusykilan tentang solat jama' & qasar ni.tempat rujukan pertama of course lah mylocx.sometimes ada juga tanya ummi.

ramai juga membe yang tanya soalan berkaitan solat jama' & qasar...dan ramai juga yang agak blur langsung dalam menunaikan solat2 tersebut.solat2 ni bersyarat..bukan main suka hati je.hehe.

ini ada sebuah artikel berkaitan dari sumber yang dipercayai.sharing is caring rite?



Berikut adalah syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.

ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.

iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.

iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).

v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.

vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga akhirnya.

vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Solat jama' pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama' solat :-

i. Jama' tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

ii. Solat jama' boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.

Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

Syaratnya :

1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )

2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tatpi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.

3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).

Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

Syarat-syaratnya :

1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)

2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

(Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL


semoga beroleh manfaat..:)

Wednesday, April 7, 2010

mommy, macam mana nak kenal Allah?

hmm macam mana nak jawab ye kalau ada anak-anak yang tanya soalan basic macam ni?

basic ke?

kalau basic apa yang kita nak jawab?

kalau seorang yang bijak menjawab bolehla dia jawab...gunakan akal dan renunglah ciptaan Allah SWT.

tapi mesti akan disoal balik..macam mana tu?

sebab anak kecil mmg suka bertanya dan takkan berhenti bertanya selagi dia belum cukup berpuas hati.

maka terpaksalah pulak prepare dgn contoh2 mudah tapi bernas utk memuaskan hati anak tersebut.especially bila ditanya tentang soalan basic mengenal Allah yg mana merupakan asas tauhid yang kukuh.

so apakah cara yang mudah untuk mendidik anak kecil mengenal pencipta alam ini?

bila difikir-fikir, bagaimana kita nak kenal seseorang dan mencintainya?..
hmm mestilah dgn mengenal sifat & hati budinya and not just based on physical attraction.
besides, we can admire someone based on kepandaian/kehebatan/keberanian etc.(contohnya kenapa kita suka musician/football player?)

jadi boleh disimpulkan kita boleh mengenal Allah dgn melihat dan menghayati kejadian & kehebatan Allah...
dan juga dgn menghayati asma'ul husna (sifat2 Allah).

bagi anak kecil yang eager to know..mungkin kita boleh ajar nasyid sifat 20 Allah or asma'ul husna disamping kita sampaikan apa maksud bagi setiap sifat itu.
Ini utk melatih anak memahami dan merasai kesannya di dalam jiwa..bukan setakat hafal je.

hmm...sounds easy...tapi senang ke nak buat?
belum cuba belum tau.anak2 ni ibarat kain putih bersih..and we as parents yang perlu bijak mencoraknya.and the first challenge for us is to make our kids know his/her creator.
pemikiran & pembentukan jiwa anak yg dibentuk sejak kecil akan mencorak pemikiran & pembentukan jiwanya ketika besar.

there's a lot more challenges to come....belum lagi nak ajar kenal rasul, malaikat, rukun islam, rukun iman dan fardhu ain yg lain..persoalannya, kita sebagai ibu bapa ni dah cukup ilmu ke nak ajar anak2?
hmm sama2la kita menuntut or buat revision semula.takut pula beri ajaran sesat kang.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: " Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua dua orang tuanyalah yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang yang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?"

cuba hayati lagu ni..sungguh menyentuh jiwa.

Monday, April 5, 2010

anda pernah tinggal solat?

hmm..

secara jujurnya, of course lah pernah.selalunya sebab tertidur sampai terlepas waktu.astaghfirullah!

kdg2 tertanya-tanya juga nak qada atau tak solat yg tertinggal tu.sebab time kecil2 dulu, ummi selalu pesan qada solat subuh yang tertinggal bila i bangun lambat.tapi bukanlah memang dah set nak bangun lambat..so saja2 nak qada.ini btol2 kes tidur mati sampai bom meletup pun still tak bangun2 juga..;p

tp ada juga dgr2 orang kata ada ke qada qada solat ni?memang sunnah ke?aihh naik pening dibuatnya.so i memang cuba sedaya upaya cari lubang2 ilmu yg akhirnya boleh memberikan suatu kepastian.sbb kita perlu tuntut ilmu sebanyak mungkin dgn syarat kita analize juga buruk baiknya..kiranya filter & fikir secara lebih kritikal.takdelah terima bulat2 je kan.

macam bab qada solat ni i fikir, kalau tinggal solat maknanya kita berhutang dgn Allah.kalau hutang sesama manusia pun wajib lunaskan apatah lagi hutang dgn Allah kan?

menurut satu buku yang i baca hasil tulisan Ustaz Ismail Kamus, mengikut hukum syarak, orang yang boleh mengqada (ganti) solat yg tertinggal ialah:

- orang yang tertidur hingga melepasi waktu solat tertentu.
- orang yg lalai atau terlupa waktu solat dgn tidak sengaja.

kedua-dua golongan ini tak berdosa tapi wajib qada immediately. Waktu qada solat ialah ketika ia menyedari bahawa ia telah meninggalkan solat tersebut.

TAPI..bagi org yg meninggalkan solat tanpa sebab (cth: bukan uzur/sakit, bukan dlm musafir, bukan tertidur dan terlupa dgn tak sengaja), ternyata dianggap kufur.Bagi yg sengaja tinggalkan solat pula adalah berdosa & wajib qada serta bertaubat.

"Hutangmu kepada Allah itu adalah terlebih layak untuk kamu tunaikan"