Ceh.. excited terlebih plak den. Hehe. Btw, i memang tak sabar nak pindah BTHO nih. Another 3 months or so la baru jadi reality kot. Skang dalam proses purchasing a house lagi.
Hopefully it's a good investment in the future!
Here's an article from http://www.spad.gov.my
Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek aliran transit massa ataupun mass rapid transit (MRT) di Lembah Klang.
Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia, adalah satu economic entry point (EPP) untuk NKEA untuk Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi kerajaan.
Projek MRT akan meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian (modal split) daripada 12% pada tahun 2009 kepada 50% pada tahun 2020 di mana perkhidmatan rel akan menampung kira-kira 50% daripada semua perjalanan dengan menggunakan pengangkutan awam. Penambahbaikkan mobiliti dengan projek MRT akan menjadikan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang tempat tumpuan pelaburan dan modal insan.
Projek MRT ini akan menjana sebanyak 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya. Projek ini juga dijangka akan menjana “Gross National Income (GNI)” di antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari 2011 ke 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi. Antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui “spinoff” dari kerja-kerja pembinaan. Sebanyak RM21 bilion impak incremental GNI setiap tahun akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti.
Kerja pembangunan projek tersebut dijangka akan bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.
Laluan pertama projek MRT ini akan menghubungi Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur. Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk. MRT tersebut akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn and Balakong. Lebih daripada 400,000 orang dijangka akan menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.
Laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen-stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai (value management studies) akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima. Oleh kerana ini, kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.
Kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi. Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telahpun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2006 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang. Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Pembanguan laluan-laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa.
Jemaah Menteri hari ini juga memutuskan bahawa Syarikat Prasarana Negara Berhad, satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Inc, sebagai pemilik infrastruktur projek MRT, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pihak penyelia (supervising agency) projek tersebut.
Jemaah Menteri juga membuat keputusan untuk melantik MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk projek MRT. Perlantikan ini berasaskan kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut yang disenarai di Bursa Malaysia serta rekod yang cemerlang dan pengalaman dalam bidang pembangunan projek rel dan terowong yang besar dan kompleks.'
Pihak PDP akan memainkan peranan yang serupa dengan pengurus projek tetapi dengan tanggungjawab tambahan untuk mempastikan projek itu disempurnakan dalam masa dan mengikut kos yang ditetapkan. Sebarang kos lebihan (cost overrun) and apa-apa kelewatan projek (project delays) akan ditanggung oleh pihak PDP.
Peranan PDP tidak serupa dengan peranan yang dimainkan oleh kontraktor turn-key dan projek ini akan dibahagikan kepada pakej-pakej kerja yang akan diberikan secara berasingan melalui proses tender terbuka. Kerajaan akan membuat keputusan terakhir atas kontrak-kontrak untuk pakej-pakej kerja projek MRT.
Pihak PDP tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam proses tender tersebut kecuali untuk pakej terowong. Pengecualian ini diberi kerana pihak PDP merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja terowong yang besar, seperti projek Terowong SMART di Kuala Lumpur dan projek Kaohsiung MRT di Taiwan. Walau bagaimanapun, pihak PDP perlu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain untuk memperolehi pakej terowong ini.
Kenyataan media dikeluarkan oleh:
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,18 Dis 2010
No comments:
Post a Comment