Tuesday, August 31, 2010

go with farah sofea style



hehe..kalau tengok2 balik, baju2 yang sofea pakai mostly style camni.

Top kembang2 n pants. Hehe. Nampak cute n sopan je.

Macam budak dah besar pun ada. Aii anak mommy.


U all dah shopping raya ke belum? Ala, kalau tak banyak pun, mesti dah shopping sket2 kan.

Hmm since i become a mommy, my first priority is my child. So yang penting anak mommy dah ada semua barula nak pk diri sendri n mylocx. Haha.
Btw, i always reminding myself not to overspending. Plus, nak beli apa2pun i ask for mylocx's opinions. Dia pun bukanla haji bakhil kan. =p

Hmm i ni actually tengah survey2 baby's apparel. Sooo cute!


K..happy shopping.


Monday, August 30, 2010

antenatal check-up dgn doktor lelaki?

hmm..ni i petik dari sebuah artikel:

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Dalam ulasan penulis;

Sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Hmm..teringat plak i masa pregnant sofea last year. Alhamdulillah mylocx memang ambil berat tentang aurat ni and tried as best as he could to find a woman gynecologist. Tapi i agak terkilan sebab pernah sekali check-up masa 2 months preggy dgn doktor lelaki. Non- Muslim plak tu. Masa tu klinik tu antara yang dekat n 24 hours n bleh gune ING card. MasyaAllah..kes i ni bukan dikira darurat lagi, boleh je tunggu hari lain check-up n pergi check dgn doktor perempuan.

Tapi alhamdulillah, lepas2 tu semua antenatal check-up i buat dgn doktor perempuan Muslim. Sampaila i gave birth to sofea.

Ni ada sambungan lagi:

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk 'memaksa' muslimah mendapatkan rawatan dari hospital swasta Islam atau seumpamanya, tetapi ia sebagai peringatan kepada kita ( dan para suami) agar berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat rawatan doktor perempuan terutama ketika antenatal check-up ( rawatan berkala )walau dari mana-mana klinik atau hospital, baik kerajaan atau swasta.


Perkara aurat bukanlah perkara remeh dan boleh dipandang mudah.

Sekiranya telah berusaha, tetapi di saat akhir doktor lelaki juga yang ada, maka ketika itu hukumnya adalah harus sebagaimana yang telah diterangkan di atas.

Islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Berpegang teguh dan tegas memegang hukum itu adalah satu kemuliaan dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

So, sama-samalah kita memelihara hukum n harap2 dengan keberkatan Allah S.W.T ketika childbirth, akan memudahkan kita as parents untuk melahirkan zuriat yang berkat dan soleh/solehah. Ameen.

Selamat berbuka=)



Saturday, August 28, 2010

sofea's first trip to bazar ramadhan

hehe.for the first time in her life, dapat juga pergi tengok bazar ramadhan. Pergi yang area Pandan Indah punya. Punyela melilau lilau tengok sana sini. esp. the balloons ok. Haha.

So remember k sofea. Your first trip to bazar ramadhan is when you're 10 months old. =)

susah btol nak persuade mylocx pergi bazar.Dia memang anti sket dgn tempat2 serabut and full of people unless kalau terpaksa sangat.

But still, dia bawa jugak we all pergi. Hehe. Thanks honey=)

Bukan apa, skali skala di bulan puasa ni teringin jugakla nak air tebu fresh ke, apam balik ke, murtabak ke, anything la.hehe.

Yang penting, roti john ngan air tebu fresh memang super sedap. Hehe. Kitorang tak sempat nak usya lama2 sebab dah hampir nak berbuka. Orang plak besela makin nak berbuka makin ramai plak. I pun fokus beli cukup2 je utk berbuka and sahur so i agak meng'ignore' la nafsu nak beli itu ini. Kang membazir plak. Tapi air tebu memang dah lama i aim. Cuma apam balik je i terkilan tak sempat beli. Wahaha.

Nafsu..nafsu. Teruk betul.=p

Hmm. I tadi baru lepas finish marking paper.

Pastu sebok kemas tudung2 letak kat hanger bergelung yang beli kat colleague i aritu. Cool aa hanger nih.

Ala2 cenggini la..(pics by google)

Hmm..memang sesuai untuk tudung yang ada awning. I beli kat colleague dlm RM23 xsilap. I think it's quite cheap compared to harga yang i tengok before2 this. Tak taula kalau ada yang jual lagi murah.

Talking about colleague, ada sorang kat my workplace tu, masuk hospital haritu due to batu karang kat hempedu. I pun tak tau sangat pasal sakit tu tapi orang kata simptom ala2 apendiks tapi bukan apendiks. So skang she'll undergo some kind of surgery nak buang batu karang tu. Tak leh nak visit pasal sekarang she's transferred to another hospital in Kelantan. (nak dekat ngan rumah and nanti ada orang jage). I felt sorry for her. Get well soon dear.

Hmm fyi, today i ada iftar with my ex-smapians friends. (high school). I can't wait to see them since dah agak lama tak jumpa. Harap2 Sofea is behaving well. Huhu.

Selamat berbuka.

Daa.


Thursday, August 26, 2010

shopping mopping

haihh..ni la susahnya bila your own bestfriend yang buat bisnes baju.

pokai la den nak borong semua. korean style ok. i simply love korean style. besides, price pun tak de la mahal sangat and stylish plak tu.

hmm tapi yg best, beli ngan membe boleh nego2 sket. hehe.

oh ye, hari ni i cuti, (Nuzul Quran). so dah plan nak gi carrefour cari bahan mentah. mylocx?dia keje malam. so by the time kitorang nak keluar tu dia still belum bangun lagi..=p

i plan nak masak resepi ikan hari ni. i suka sup ikan. orang cina kata kalau banyak makan sup ikan nanti kulit cantik.hoho.i memang fancy jugak chinese food so i pun tengah fikir2 la ni nak beli ikan apa. ikan merah dah selalu sangat. kalau jenahak agak mahalllll tapi sedap. kalau siakap pun mahal juga. bawal putih ok jugakla. tapi kalau nak buat sup i prefer ikan merah/jenahak.

ah pening pening. tengok jela nanti. yang penting, bahan2 mentah lain nak kena beli. running out of stock. huhu.

ok see you then=)

Monday, August 23, 2010

next house-hunting


This time around, searching a condo/apartment for own stay.

y a condo/apartment?

well everyone has their own reasons. As for now, our family xdela sebesar mana kan. And talking about landed house semua org nak..sapa tak nak. Tapi, kalau rumah tanah yg ok n masyuk pun area kitorang duduk ni mostly RM300k above. So nanti, bulan2 akan terikat dgn mortgage yg agak membebankan. Agak terkubur jugakla niat nak active in property investment sbb negative cashflow. Yela, logically, kalo dah beli umah cantik n baru, of cozla nak duduk kan, takkan nak bagi sewa. n ofcoz la nak renovate ape2 sketke, interior design la apela, furnitures la bla bla bla. So secara x lgsung bulan2 dah kena allocate money for that purposes. Yeah it's good for some reasons. Rumahku Syurgaku kan. hehe.

But personally, we probably wanna buy a landed house when we already have a very good cash inflow from property investments (the profits can cover the mortgage payments), strategic location, desired area n bigger family. Pihak bank pun akan senang hati nak bagi pinjaman kalau tengok positive cashflow(sebab tu tenancy agreement is very important). Derang akan pastikan pendapatan kita mampu atau tidak utk bayar balik hutang2 bank tu sumer. Even kalau gaji besar pun, tapi hutang piutang belambak nak kena cover every month, susah gak pihak bank nak kasi pinjam. (Mortgage, car loan, credit card, personal loan etc). Takkan nak pinjam dgn Along plak kan. Kes naya tu..=p

As mylocx and i are not very fond of the area which we are currently staying, kitorang pun plan beli rumah yang mana in the future akan dijadikan investment property. InsyaAllah.
Becoz we believe one day kami mesti nak duduk area lain (i plan nak mintak tuka tempat kerja).So, as for now, buying a landed house for permanent stay is not a good idea for us. Plus it's too expensive for our liking. Lagi2 landed house kat sini kurang sesuai to get higher returns
kalau nak disewakan. It's more appropriate to sell rather than to rent. (capital appreciation)

Alhamdulillah we get a good return from our apartment in cyberjaya but the thing is, sekarang ni kami menyewa. So tak bestla kan, duit bulan2 bayar sewa tapi rumah jadi hak milik orang lain. So that's y we wanna seek for another house to stay n in the same time, rumah yg senang nak dapat tenants bila kitorang plan nak keluar nanti.

It's important to select a property that we can afford n it's even more important to select a property that our tenants can afford. Tu yang a bit susah nak cari. It doesn't matter if we alone can afford to purchase the property coz if we can't find a tenant to outweigh the mortgage payments, our property isn't going to generate positive cash flow. Macam tu, rugi / untung pikirla sendiri nabil..hihi.

Yang penting, do it islamic way.

daa.

Wednesday, August 18, 2010

update on my dear sofea

sofea punya botol dah xleh pakai.asal tuang je meleleh susu kat tepi2 bottleneck tu.

can u believe, sofea sgt suka botol kecik yg normally used for newborn-3 months tu.

ala..yg 2 oz tu je.haha.kalau tuka yg lain, mesti dia tolak tak nak minum. Dia memang minum sket2 je.In case nak lagi, kenala pergi buat yang lain or breastfeed je dia.Hehe.

So i decided to find a new bottle for her. Yela agak2 la kan, even still BF, nak la jugak ajar dia minum guna botol besar sket.Haha.

So i bought this NUK bottle for her. Quite expensive, tapi rasanya kualiti mmg ok.
Y this one?

Sebab, NUK nipple system was designed to imitate mother's breast. So bentuk tu ala2 tuuuttt la kan. hehe.

Baby pun boleh feed naturally. Oh tapi, i tak pakai silicone teat..i bought latex teat (orthodontic teat) separately (still NUK brand).

Coz before ni, sofea mmg pakai latex. Dia tak nak yg silicone tuh. Huhu. Semua i beli kat Twins Baby Shop kat Ampang.
So far orthodontic teat tu mmg bagus la. It supports switching between breast & bottle.
Pacifier?

Oh i memang tak ajar sofea isap puting. Tapi letih sketla nak jaga kalo dia merengek2 ke apa. Hehe.

But still, mother's milk is the best. I continue as long as i can. maybe up until 2 years old insyaAllah. Sekarang, kalau i ada kat rumah, i breastfeed je. Formula milk tu bila saat2 yang memerlukan je.


Solid food?Hmm sofea makan Nestle Cerelac Stage 2 & 3. Sometimes, i bagila natural fruits/bubur nasi+kentang+ayam kat dia.Sangat suka makan si tomeyy mommy tuh..=)

And now, anak mommy dah tumbuh 4 batang gigi comel.upper & lower.And dah boleh berdiri2 dan berjalan-jalan (dengan pegang sesuatu) dan membesar dgn jayanya. Alhamdulillah.

K la..nak ready to break the fast. Selamat berbuka semua=)

Friday, August 13, 2010

a poem for mommy & daddy

Wahai ayah dan ibu,
Didik anak perempuanmu,
Bukan sekadar cantik dan gaya,
Bukan untuk memukau mata jejaka,
Tetapi didik mereka rasa mulia,
Peribadi sopan bersulam malu,
Jati diri muslimah sejati, menarik cinta dan kasih ILAHI.

Wahai ayah dan ibu,
Didik anak lelakimu,
Bukan semata kuat dan kuasa,
Bukan sekadar tubuh sasa, tampan mempersona,
Tetapi didik mereka cemburu, kehormatan, dan bijaksana,
Kuasa ilmu penampilan muslim bertaqwa.

Wahai ayah dan ibu,
dari pancaran sinar mata anak-anakmu,
Kalianlah teladan, penunjuk jalan, arah pandu kehidupan,

Kadang bimbingan tidak perlu kata-kata,
Banyak ketika, panduan tidak perlu jutaan bicara,
Cukuplah tindakan, perkataan dan cara hidupmu mereka perhatikan,
Jika ingin anakmu hidup berakhlak dan berpedoman,
Hiduplah sebagai contoh ikutan.

[sumber:http://ummuhusna99.blogspot.com]

Saturday, August 7, 2010

anda sudah dibanci?

kihkih..cam lawak je title.skema gelllss.

anyway, tadi ada pembanci datang dari MPAJ. Hehe.Ingatkan sapela dok ketuk pintu kuat sangat. Thankfully mylocx is working at home. So dia la yang answer all the questions. Macam2 gakla dia tanya. He asked your name la, wife's name, child's name, D.O.B, P.O.B, where were you staying before, dok rumah sewa/beli..etc. Apa lagi? Jawab jela sampai lebam.

Hmm. Itu je cite banci. Haha. Chewah tajuk punyela formal macam nak buat entry khas pasal banci.

ok change the story.

My eyes is a bit uncomfortable.

Since this morning lagi. Rasa kuyu & tak bermaya je.

Takut infected from my brother je.

Coz last Saturday balik hometown. Need to run some errands regarding a property. kebetulan adik i balik dari hostel sbb sakit mata. Tapi dah nak elok dah.

So takut gakla terkena plak berjangkit kan.

Serious mata ni rasa lemau je.hukhuk.

hmm..Ramadhan is coming. Harap2 dapatla menggandakan pahala tahun ni.

& semoga Allah bagi strength utk berpuasa even still breastfeed sofea. Last year puasa 2 orang je ngn mylocx. (with sofea in my tummy..=p)

This year, sofea is right in front of our eyes=)..

and oh plus our additional member, bibik. alhamdulillah dia pun sgt positif bila sharing pasal hal2 agama ni. Dulu awal2 dtg tak pakai tudung. Baru tegur sekali, terus tak lekang tudung until now. (depan i je la dia nak buka pun. kalau ada mylocx kat umah dia tak buka tudung).Alhamdulillah.

kla..selamat menyambut bulan Ramadhan.

selamat menjalankan ibadah ~

nite2.

Thursday, August 5, 2010

short

haha. what kind of title is that?

no. it's just that i'm writing a short post je arini. Tak bestla lama tak update blog.

It's just that i'm so bz bz bz ...! So many works to settle at one time.

Today i mc. yes not working.. having a flu.

pagi tadi after taking the pill, i collapsed for 4 hours. haha. tdoq tak ingat!

then after lunch and main2 ngan sofea, i collapsed lagi until 6.30 p.m. MasyaAllah.
Apo kono ngan den ni? Tapi memang last few days i dun get enough rest. Banyak kerja.
So alang2 mc ni i restla cukup2. Tapi cam terlebih tido la plak. Hehe.

Kla..later2 la blogging lagi. Ni pun dah ngantuk balik. Haihh.

Nite2~