Friday, October 9, 2009

Alhamdulillah

Salam semua,

Ini suami Effa. Saya ingin memaklumkan yang Effa telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 10.45 pagi, Selasa lepas, di Hospital Pakar Ampang Puteri. Alhamdulillah. Berat bayi sewaktu dilahirkan adalah 2.7kg. Di bawah disertakan gambar bayi 3 jam selepas dilahirkan.


Sekarang ini, Effa masih berada di hospital kerana bayi kami didapati mempunyai sedikit tanda2 sakit kuning pada hari ketiga selepas dilahirkan. Kami berharap bayi kami akan cepat sembuh. Kami sudah bosan tinggal di hospital dan tidak lupa juga kepada kosnya yang tinggi. Saya balik rumah ini pun untuk sementara sahaja kerana ingin mendapatkan bekalan pakaian yang telah pun kehabisan stok. Maklumlah, tinggal di situ sejak hari Selasa yang lepas.

Baiklah, saya terasa begitu sukar sekali setelah lama tidak membuat karangan dalam Bahasa Melayu baku walaupun saya orang Melayu dan mendapat A1 untuk subjek Bahasa Melayu untuk peperiksaan SPM. Memalukan! Apa kata jika ada diantara anda yang membaca blog ini dan telah melepasi peperiksaan SPM sekurang-kurangnya 2 tahun lepas cuba melakukan perkara yang sama seperti saya.

Oh maaf, ini bukan blog saya. Sehingga bertemu lagi.

Ikhlas,

Suami Effa

4 comments:

Nadya said...

haha..skema gile ayat..

btw, baby comelnyeeeee...semoga cepat sembuh..

bape hari kene duk sane?diorang kalu korang duk lg lama lg diorang suke..haha

roshda said...

wahh!! dh berjaya gak jd papa n mama.. ramai yg batch sam2 dh slamat dpt bb comel.. hepi sgt2 kat seme org... tahniah ye utk both of u.. sama2 la kita berpantang.. :D

~mr. n mrs. wan~ said...

congrats effa and husband...;)

mely said...

tahniah effa..melepaknyer anak ko...

jaga diri baik2 yer..selamat berpantang..

kasi baby banyak breastfeed..cepat sembuhskit jaundis tu..