Pagi ini i membuat aktiviti biasa..iaitu bloghopping.haha.Tiba di satu blog tu..adalah entri tentang kebengangan beliau dengan ketua jabatan dia yang membuat sindiran dan memerli beliau yang sering ambil mc disebabkan mabuk hamil or senang cakap morning sickness la kan. Dahla ketua jabatan tu lelaki memang bertambah bengangla dia kan.hehe.Bukan setakat tu saja, orang lain pun nak cakap belakang-belakang. Bongoks punya orang..kalaula dia tahu how miserable and terrible morning sickness is...I'm totally understand how bad and angry the woman felt..sebab i pun mengalami nasib yang lebih kurang samala dengan beliau. Bagi mereka, selagi tak dimasukkan ke wad tu takdelah seteruk mana mabuk tu.What the ????...
Alahan mengandung bukan buat saja-saja n main-main okkk..ada pelbagai tahap. Memangla yang dimasukkan ke wad dan ditahan berbulan-bulan tu kes paling severe tapi kalau tak masuk wad tu ingat kita happy go lucky je saja-saja nak berlakon sakit minta mc kat doktor? Dahla kena bayar lagi. Doktor pun bagi pilihan nak dimasukkan ke wad atau tidak. Surela i taknak. Sakit tu masuk air cucuk kat tangan. Kalau taknak, doktor suruh minum air 100plus banyak-banyak..tambahkan air masak sket sebab banyak gas. SO kita ikhtiarla kan...
Tak masuk wad tak semestinya kita tak teruk. Ada yang kata, kalau tak tahan mabuk tu maksudnya perempuan jenis lembik2sket...meh nak cili sikit mulut tu! Kalau dah makan pun muntah semula tak lama lepas tu, bau wangi perfume ke syampu ke sabun ke nak muntah, berdiri ke duduk ke semua rasa nak muntah, minum air masak pun muntah, kerja rumah satu pun tak boleh nak buat sebab rasa nak muntah, badan lembik turun berkilo-kilo....how the hell am i supposed to go to work u ******...plus teaching pulak tu...kalau ajar budak semua baik tak pe jugak.kalau pergi keje pun lepak tidur kat surau je tak masuk kelas berkat ke nanti gaji? Lebih baikla kita guna hak mc yang memang dah diberi tu. Kalau dah guna banyak or habis mc swasta kita guna nak buat macam mana. Terpaksala. Mereka ingat kita saja-saja nak minta sakit? Macamla kita tak aware kita ni budak baru and dah ambil mc banyak. Balik-balik alasan tak dilantik lagi..tak sah jawatan lagi. Kadang-kadang fikir..to the **** with all the bullshits. Tapi sebab kita ni kerja makan gaji, terpaksa la. Masa mabuk tu, dah susah nak fikir rasional... seriously rasa macam mayat hidup.Buat apa pun serba tak kena n rasa macam dah tak normal lagi.
Itu belum masuk orang-orang yang macam bagus cakap belakang-belakang kan. Kalau cakap depan-depan pun agak2la juga kan...mentang-mentangla senior. Tak pela...i ni setakat dapat melepaskan geram kat blog jela nampaknya. Terpaksa banyakkan bersabar. Tuhan je yang dapat melindungi diri kita dan membalas perbuatan orang pada kita. Orang boleh cakap apa saja waktu mereka sihat dan bertenaga.
Wah lega dapat luahkan kat sini..inspired by that woman.haha. Banyak lagi orang yang senasib or lebih teruk daripada i rupanya.
Doa-doakan la kesihatan i dan baby ok. Tensen2 pun tak guna. Baik baca Al-Quran banyak-banyak. Sorry for all the harsh words..
1 comment:
sabar2, ye betul sbb x kena kat batang hidung sendiri memang bleh ckp sedap mulut kan...itulah human. haishh xpe effa biarkan org itu terjun bersama labu2 nya hehe
Post a Comment