Sunday, April 26, 2009

effa di alam kanak-kanak__episod: aktiviti

Lately...i've always been thinking bout my childhood life.kenapa ek?..Hormonal reason ke?..Ntah..i dunno.Oleh sebab teringatkan zaman kanak-kanak tu, rasa teringin nak tulis kat blog.hehe.

Whatever it is, seumur hidup aku, zaman kanak-kanak ternyata memang zaman yang paling menakjubkan.hehe.

Fyi..i was raised in Keratong, Pahang.hmm..orang kata 'keratong' tu berasal dari kera and lotong.haha.sebab that area dulu2 banyak haiwan tu.tak taulah betul ke tak..
but masa aku kecil2..it's so believable.sampai sekarang kot aku percaya.hehe.
That place is such a heaven for me masa kanak-kanak.i can do almost anything i want, feeling carefree and always full of happiness.
When my age is between 5 to 8, i've always played with these guys..abang yi, abang fi and my brother(fitri).abang yi tu tua setahun aku.abang fi tu tua setahun adik aku.
abang yi dan abang fi tu adalah adik-beradik yang tinggal depan rumah kitorang.memang tak ramai budak perempuan sebaya aku yang tinggal kat kawasan berdekatan.hehe.
apepun, we get along pretty well.

Seingat aku, aku sejak awal2lagi dah pandai naik basikal and ada basikal sendiri.my bro pun.so basikal tu adalah cara pengangkutan utama kitorang nak pergi main.haha.

Lepas Asar je..otak memang dah set nak keluar main.permainan kitorang bila difikir-fikirkan semula tah pape je..haha.tapi at that time...rasa seronok abess laa.
selain aktiviti biasa main badminton kat gelanggang sekolah rendah yang sgt dekat dgn rumah, kitorang suka gak tangkap belalang kat padang sekolah tu.
banyak tau belalang time tu..dah tangkap, letak dalam plastik,buat lubang kasi boleh bernafas sket, pas tu esok lepaskan semula.haha.

Pas tu, kitorang suka kumpul biji saga daripada pokok saga dan letupkan buah pokok keembong yang memang banyak dulu kat sana.
Ada hari lain pulak, kitorang pergi tangkap berudu kat lopak-lopak air..guna jela apa2 asalkan dapat kaut berudu.
kadang-kadang geram gila bila tengok berudu tu berkumpul banyak2..tapi bila nak kaut je dapat seekor dua je.ada tu tak dapat langsung.haha.
setiap kali tangkap berudu baju dan seluar mesti kotor kena lumpur.tak banyak pun sikit.
abang yi selalu kutip pokok jarum mas dekat2kawasan lopak tu..aku daripada dulu memang xpernah dpt pokok jarum mas dan aku tak pernah nak ambil tau kenapa dia suka sangat cari pokok jarum mas.

Banyak halaman rumah kat sana dulu berbukit sikit dan diselaputi rumput tebal.sesuai nak main gelongsor-gelongsor.haha.kitorang apa lagi, tidak melepaskan peluang.bila dapat gelongsor tu memang syok la walaupun seluar sah2 kotor.hehe.

Kalau indoor games, kitorang selalu main saidina ngan chess ataupun video games dolu2.haha.tapi outdoor lagi bes drpd indoor.mesti nak main kat luar jugak.

Selain abang yi, aku selalu main dengan anak-anak pengasuh(Mak Mi & Ayah Wak) aku dulu.Derang selalu ajak main panjat pokok.aku ni tak bape reti sangat.
kalo nampak ramai-ramai kat atas pokok, aku selalunya berada di dahan paling rendah sekali.hehe.
aku tak faham cane derang boleh panjat tinggi-tinggi lagi2 bila ada banyak kerengga.gila kebal.huhu.
most of the time, aku tunggu kat bawah dan kutip buah-buahan yang derang campak dari atas.
tapi kitorang baik tau, hanya panjat pokok2 yang tuan rumah benarkan je.bukan panjat curi-curi.hehe...
byk2pokok, aku suka panjat pokok ceri depan umah Mak Mi tu.bes sangat duduk bersandar sambil petik buah ceri yang kemerahan..pas tu makan.manis gila.
bila angin tiup lagi bes..sampai rasa nak tertidur.haha.

Rumah Mak Mi tu ada sikit kawasan berpasir..n ada binatang kecil yang buat sarang kat pasir tu..kitorang panggil binatang tu undur-undur.
sebab dia jalan undur ke belakang.korek lubang pasir pun mengundur.haha.
bila nampak ada banyak lubang undur-undur, kitorang korek la sampai jumpa undur-undur tu.kecil je, besar ladybird.hehe.
bila dah puas baru kitorang lepaskan semula.ai,tahpape.mesti korang ingat aku pengotor kan.haha..ala,balik umah mandila bersih-bersih.

Bila ada ramai geng, kitorang mainla permainan lubang tikus ke lompat tikus (tak ingat), main buaya-buaya, main lompat getah, galah panjang or baling selipar.kadang-kadang bila dah bosan sangat kitorang berbasikal jauh-jauh pastu patah balik.Yang pasti, idea nak main tu mesti takkan habis punye.

paling tak leh lupa,masa burung-burung balik ke sarang.(tak sure burung ape tapi memang banyak dan buat sarang kat pokok-pokok besar tepi padang sekolah)..
..hari dah nak senja and kitorang khusyuk tangkap belalang, bila burung-burung tu terbang sekumpulan kitorang jerit 'jepun!jepun!lari!'..
masa tu kitorang bertempiaran lari la..konon2 takut.
sebenarnya masing-masing dah tau hari almost senja dan kitorang patut balik..
sebelum kena marah or kena rotan.hehe.
selamatlah belalang time tu..;p

2 comments:

sharifahnurhidayu said...

hmm.. bile nak sampai part faiz nih? =p

farahana said...

ahaha..should i go there ida?
em...ko still igt?malunye aku.haha.