
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanyaSekiranya suami Ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah..Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjurankuSekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat MuSekiranya aku engkar Dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah …sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..Ya Allah..Kuatkan hati Dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri SolehahHanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yg kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamuKerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal Ku mengharungi ujianMuYa Allah Ya Tuhanku…Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mudan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.Ya Allah Ya Tuhanku…Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehahIsteri yang sentiasa dihati suamiAmin, amin Ya Rabbal Allamin..